Lebih banyak pilihan makanan aneh di Thailand! WOW!!Tak percaya jom kita tengok...Zasssshhhh!!!
1.Telur Cicak Bakar
Telur Cicak boleh ditemui pada musim panas di pasaran tempatan, terutama di timur laut Thailand.Telur-telur ini dibungkus di dalam daun pisang dan kemudian dipanggang selama beberapa minit di atas api arang. Apabila telah selesai, ia akan berubah warnanya menjadi merah tua. Kemudian anda boleh makan dengan pulut atau ditumbuk. Jangan lupa untuk menaruh sedikit garam di atasnya. Rasanya agak berminyak,mudak dikunyah dan crunchy di dalam mulut. YyyyuuCCCKKKK!!!!
2. Sup Berudu Katak
Jenis makanan ini hanya ada pada musim hujan. Sebelum ia dimasak, berudu perlu dibersihkan dengan air dan mengeluarkan najis dari tubuhnya. Anda mungkin bertanya-tanya bagaimana orang-orang tempatan mengeluarkan isi perutnya. Mereka hanya perlu memicit badan berudu itu sampai isi perutnya terkeluar melalui dubur. Kemudian barulah dibersihkan lagi. Masyarakat tempatan akan memakan Sup berudu ini dengan nasi putih atau beras pulut yang melekit. Rasanya sedikit pedas.Eeeiiii!!..
3.Serangga Goreng
Serangga merupakan hidangan utama di negara ini . Tapi ia hanya boleh ditemui pada musim panas. Jadi, kalo anda ingin mencubanya haruslah datang pada masa yang tepat. Jika tidak, anda mungkin kepunan.Cara memasak serangga ini adalah sangat mudah. Pertama, anda perlu bilas. Kemudian goreng mereka di kuali dengan membubuhkan garam sedikit. Teruskan menggoreng sehingga ia berubah warna kekuningan.Bwuuueeekk!!..
4.Kulit Kerbau Bakar
Wow! kita semua sudah sedia maklum bahawa Kulit kerbau adalah sangat liat,keras dan pejal. Setelah dipanggang, ia akan kelihatan berbeza-beza dengan apa yang anda lihat dalam gambar di atas. Meskipun sangat susah untuk mengunyak tetapi ia masih menjadi kegemaran orang-orang disana .Huhuhu...
5.Semut dan Telurnya
Mereka datang dalam pelbagai saiz dan biji berwarna putih kecil. jika dilihat dengan jarak dekat, anda boleh melihat mata hitam kecil. Kadangkala anda juga boleh melihat kaki-kakinya seperti campuran rempah ratus. Jika dikunyah rasanya seperti telur ikan. Mmm ... not bad actually.Nak cuba??
Sekian.....njoy d food!..Xixixix..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan