~WelComE~

Selasa, 9 November 2010

The Island Of The Dolls – A Dark Tourist Attraction In Mexico


 




La Isla De Munecas adalah sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di dunia. La Isla De Munecas bermaksud Pulau Patung Boneka. Pulau ini terletak di Mexico, pastinya sesiapa saja inginkan percutian yang menyeronakkan dimana tempat beristirehat mampu meninggalkan kesan abadi pada hati masing-masing. Tetapi kenyataannya adalah sebaliknya apabila anda berkunjung ke Pulau ini. Ternyata Pulau ini meninggalkan mimpi ngeri kepada sesiapa sahaja yang berkunjung, ribuan patung boneka hodoh dijumpai bergantungan pada setiap pohon dan laluan pejalan kaki di pulau itu.
Don Julian Santana iaitu seorang petapa yang telah meninggal dunia merupakan pengasas kepda semua patung boneka di pulau ini. Beliau telah meninggalkan keluarganya setelah mendedikasikan 50 tahun hidupnya untuk membuat La Isla De Munecas. Ini dilakukan untuk memperingati roh seorang gadis kecil yang dipercayai mati lemas di terusan berhampiran rumahnya.(Tidak dapat dikenal pasti apa kaitan beliau dengan gadis tersebut).Apapun alasan, beliau sebenarnya telah berjaya mengubah pulau ini menjadi tempat aneh yang menakutkan. Sesiapa sahaja yang berkunjung ke pulau ini pastinya akan terasa seolah-olah diperhatikan oleh mata-mata patung boneka di pulau aneh ini. Hal ini akan menjadi mimpi ngeri dimalam hari sehingga ia mampu membuatkan sesiapa sahaja meremang bulu roma apabila melalui lorong gelap dan sunyi.
Don Julian dikatakan selesa dengan hidup terpencil, kecuali apabila dia mula memberanikan diri untuk mengumpul patung boneka tua dimana ia memungut dari tempat pembuangan sampah atau dibeli dengan menukaran untuk buah-buahan dan sayur-sayuran . Difahami bahawa beliau asalnya bertujuan untuk menakut-nakutkan penonton dengan menggantung boneka tersebut..


Pada tahun 2001, Don Julian ditemui mati tenggelam di saluran yang sama di sekitar rumahnya. Walaupun Don Julian sudah lama mati dan meniggalkan dunia tapi visi menakutkannya tetap tercapai, wajah-wajah boneka tak bernyawa dimutilasi dan digantung dalam bentuk penyeksaan atau hukuman.


Ini adalah pemandangan menakutkan yang berfungsi sebagai objek pelancongan seram khususnya bagi generasi muda yang sukakan kepada keganasan dan kematian. Banyak pengunjung yang tergamam seolah-olah kana-kanak mati dan menghantui tempat ini, dimana mereka melihat seolah-olah kita bertanggung jawab di atas kematian mereka..AArrrgghh takut weii..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan