~WelComE~

Isnin, 29 November 2010

24 Rahsia Di Sebalik Kentut::


1. Orang TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.
2. Orang BINGUNG
Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.
3. Orang BERWAWASAN 2020
Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.
4. Orang SENGSARA
Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.
5. Orang MISTERIUS
Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.
6. Orang GUGUP
Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.
7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI
Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang
8. Orang SADIS
Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus
dikibaskan baunya.
9. Orang PEMALU
Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.’
10. Orang yang STRATEGIK
Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.
11. Orang BODOH
Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.
12. Orang PELIK
Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh
13. Orang SOMBONG
Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.
14. Orang RAMAH
Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.
15. Orang yang TIDAK SENANG BERGAUL
Orang yang suka kentut apabila berkumpul dengan teman-temannya sahaja.
16. Orang AKUATIK
Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air
17. Orang ATLETIK
Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.
18. Orang JUJUR
Orang yang mengaku kalau habis kentut
19. Orang PINTAR
Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.
20. Orang KELAKAR
Orang yang bila ketawa sambil kentut
21. Orang yang ROMANTIK
Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating
22. Orang yang TIDAK SIHAT
Orang yang bila batuk dia akan terkentut
23. Orang yang PANAS BARAN
Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri
24. Orang yang PELUPA
Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia
sendiri yang kentut

Khamis, 25 November 2010

Hakikat Akhlak

"Apa yang sebenarnya dituntut dari kita ialah supaya membuat segala kebaikan dan mencapai segala kejayaan tetapi dalam pada itu kita diwajibkan mengekalkan rasa-rasa hamba di hati kita. Perbuatan lahir mesti positif. Rasa di hati mesti negatif. Dalam amalan hati, yang negatif itulah sebenarnya positif. Itulah akhlak namanya."

Manusia mempunyai roh. Roh itu dinamakan juga jiwa atau hati. Hati ialah untuk merasa. Maka dengan hati, manusia mengalami berbagai-bagai rasa dan manusia merasakan berbagai-bagai perkara. Di antara banyak rasa-rasa yang timbul di hati manusia termasuklah rasa sombong, angkuh, tinggi diri, rasa mulia, hebat, berkuasa, baik, pandai, rasa tidak bersalah, rasa kuat, rasa bangga dengan keturunan, kekayaan, pangkat dan nama, rasa tidak berdosa, rasa tidak apa-apa dengan Tuhan, rasa tidak apa-apa dengan mati, rasa tidak apa-apa dengan Neraka, rasa akan masuk Syurga dan sebagainya. Semua ini dinamakan rasa-rasa ketuanan.

Ada pula rasa rendah diri, rasa lemah, rasa hina, rasa berdosa, rasa bersalah, rasa cemas, rasa takut dan rasa bimbang dengan Tuhan, dengan mati dan dengan Neraka, rasa dhoif, rasa jahil, rasa tidak mampu, rasa bergantung harap dengan Tuhan dan sebagainya. Semua ini dinamakan rasa-rasa kehambaan.

Dalam pada itu, apa yang dapat kita lihat, orang yang merasakan dirinya mulia tidak semestinya mulia. Yang merasakan dirinya hebat, tidak semestinya hebat. Yang merasa dirinya baik, tidak semestinya baik, yang merasakan dirinya pandai, tidak semestinya pandai. Orang yang merasakan dirinya tidak berdosa pula, bergelumang dengan dosa, pagi, petang, siang dan malam. Sembahyang pun tidak.

Kita lihat pula orang yang merasakan dirinya hina, tetapi dia sangat dihormati dan disayangi oleh manusia. Akhlaknya mulia dan disenangi orang. Yang merasakan dirinya lemah, telah banyak mencetuskan berbagai pembangunan dan kejayaan. Yang merasakan dirinya berdosa, sangat taat dengan Allah dan patuh dengan kehendak agama. Yang merasakan tidak berilmu telah banyak mengajar dan mendidik orang. Banyak pula buku-buku atau kitab-kitab yang ditulisnya.

Jelas pada kita bahawa rasa-rasa yang timbul di hati manusia hanyalah semata-mata rasa-rasa sahaja yang tidak semestinya ada kaitan dengan realiti sebenar orang yang berkenaan. Apa yang dirasakan tidak semestinya mencerminkan perbuatan, sifat, keadaan dan amalan lahir orang tersebut.

Orang yang merasakan dirinya baik mungkin jahat dan orang yang merasakan dirinya jahat mungkin baik. Orang yang merasakan dirinya pemurah mungkin bakhil dan yang merasakan dirinya bakhil mungkin pemurah. Orang yang merasakan dirinya ikhlas mungkin berkepentingan dan yang merasakan dirinya berkepentingan mungkin ikhlas.

Jadi yang perlu kita fahami ialah:

1. Sesiapa yang merasakan dirinya baik, hakikatnya dia jahat kerana telah menganggap dirinya mulia dan telah melakukan dosa batin atau dosa hati, walaupun dalam hidupnya dia memang baik. Lagi-lagilah kalau dalam hidupnya dia jahat.

2. Siapa yang merasakan dirinya tidak berdosa dia sudah melakukan dosa, kerana merasakan diri tidak berdosa itu ialah satu dosa, walaupun dia tidak membuat dosa dalam hidupnya. Lagi-lagilah kalau dia memang membuat dosa.

3. Siapa yang merasakan dirinya mulia hakikatnya hina dan telah melakukan dosa kerana merasakan diri mulia itu ialah juga satu dosa.

4. Siapa yang merasa dirinya ikhlas sebenarnya tidak ikhlas dan merasakan diri ikhlas itu satu sifat mazmumah. Begitulah seterusnya. Segala rasa-rasa ketuanan yang bersarang di hati seperti rasa sombong, angkuh, tinggi diri, hebat, pandai, rasa tidak berdosa, tidak bersalah, tidak cemas, tidak takut atau tidak bimbang dengan Tuhan, dengan mati dan dengan Neraka, itu semua boleh mendatangkan dosa.

Dosa batin atau dosa hati namanya. Rasa-rasa ini menggelapkan hati, menyuburkan mazmumah dan menjauhkan kita dari Tuhan. Orang yang mengekalkan rasa-rasa ketuanan seperti ini sebenarnya telah melakukan syirik khafii (syirik kecil) kerana mahu berkongsi sifat dengan sifat-sifat kemuliaan Tuhan.

Apa yang sebenarnya dituntut dari kita ialah supaya membuat segala kebaikan dan mencapai segala kejayaan tetapi dalam pada itu kita diwajibkan mengekalkan rasa-rasa hamba di hati kita.

alt

Justeru itu, buatlah segala kebaikan tetapi rasakanlah yang kita ini jahat. Elaklah dari membuat dosa tetapi rasakanlah di hati yang kita ini terlalu banyak dosa. Jangan berbuat jahat dan kesalahan, tetapi rasakanlah yang kita ini jahat dan bersalah. Rasakanlah diri kita ini hina walaupun kita dimuliakan manusia. Rasakanlah kita ini jahil walaupun kita ada ilmu.

Walaupun kita digalakkan mengikut sesetengah sifat Tuhan seperti pemurah, pemaaf, penyantun, pengasih, penyayang dan lain-lain lagi tetapi kita ditegah merasakan yang diri kita pemurah, pemaaf, pengasih dan sebagainya. Apa yang kita amalkan secara lahir itu lain tetapi apa yang kita rasakan di hati itu lain pula.

Akhlak itu ada dua. Ada akhlak lahir dan ada akhlak batin atau hati. Pemurahlah dengan manusia tetapi di sisi Allah rasakan yang kita ini bakhil. Berbuat baiklah kepada manusia tetapi rasakan yang kita ini jahat. Carilah ilmu hingga jadi alim tetapi rasakan yang kita ini jahil. Biarkanlah manusia memuliakan kita tapi rasakanlah dalam hati kita yang kita ini hina di sisi Tuhan. Kekalkan rasa takut, cemas dan bimbang dengan Tuhan, dengan mati dan dengan Neraka walaupun kita telah bertungkus-lumus melakukan taat kepada Tuhan.

Siapa yang merasakan dirinya hina, adalah mulia di sisi Tuhan. Siapa yang merasakan dirinya berdosa, diampunkan dosanya oleh Tuhan. Siapa yang rasa bersalah, dimaafkan oleh Tuhan. Siapa yang rasa jahil sebenarnya berilmu kerana natijah orang yang alim itu, dia merasakan dirinya jahil di sisi Tuhan. Dan begitulah seterusnya jongkang-jongkit di antara amalan lahir dan amalan hati. Perbuatan lahir mesti positif. Rasa di hati mesti negatif. Dalam amalan hati, yang negatif itulah sebenarnya positif. Itulah akhlak namanya.

Yang Tak Bertudung Tak Semestinya Jahat... dan Yang Bertudung Pula Tak Semestinya Baik....

Setiap insan ada pendirian masing-masing
Kita tak boleh menunding jari sesuka hati tapi mengenali hati budinya
Tak semestinyer bile org tu pakai tudung segale tingkah lakunyer baik serba serbi...
kadang2 yg xpkai tudung nih sribu kali lebih baek sifatnya....
bkn prejudis atau stereotaip...
tapi inilah hakikat yg perlu diakui oleh setiap individu....

usahlah terus menjatuhkan hukum dgn berpandukan luaran seseorang sahaja...
tidak semestinya bila dia xbertudung perangainyer juge tidak baik...
kenalilah hati budinya dahulu...barulah kan terbit perasaan senang akan sikapnya...
siapalah kita ini mahu melabelkan seseorang itu begitu dan begini....
sedangkan kita sendiri punyai banyak kelemahan diri

renungilah setiap kesilapan dan kekhilafan diri sendiri sebelum mahu menyenaraikan keburukan orang lain....

kadang2 diri kita sendiri jauh lebih teruk dari orang yg kita hina...
sedarlah....
masih belum terlambat lagi untuk menghargai semua insan yang ada disekeliling kita...

"Fahami Masalah, Bukan Hanya Tahu Menerjah"

sekadar renungan kita bersama...usahlah terasa hati atau berkecil hati....
tetapi marilah kita sama2 menyucikan hati yg makin hari makin dipenuhi dgn noda ini...
insya Allah....

Khamis, 18 November 2010

Kenapa Ketam Membentuk Bebola Pasir pada Lubang Laluanya?

Setiap kali kita berkunjung ke pantai, pastinya kita boleh melihat berjuta-juta bebola kecil dalam lingkaran yang berbeza corak. Semua ini adalah hasil seni dari seekor ketam.






Jawapannya mudah. Ini semua adalah tentang makanan. Air pasang akan membawa bahan organik ke tepi pantai. Pada saat air surut, ketam ini akan keluar dari lubang mereka, mencari makanan.Mereka menggunakan cakar mereka untuk mengambil pasir melalui mulut mereka dan selepas dimakan semua bahan organik dari pasir  itu, mereka akan merilis pasir lain lagi. Semasa proses ini, mereka akan membentuk pasir menjadi bola kecil. Ketam ini akan membentuk sekitar 360 bola pada jam, dan bola ini tidak tertumpu pada satu kawasan sahaja. Selepas 3 atau 4 jam, ia boleh merangkumi sebahagian besar pantai.
Jadi kenapa bola ini dibentuk?
Dengan cara ini mereka dapat  memastikan bahawa mereka tidak datang kembali dan makan pasir yang sama yang mana tidak lagi mengandungi bahan organik. Pintar kan?

Pelbagai Pilihan Makanan Pelik Di Thailand

Lebih banyak pilihan makanan aneh di Thailand! WOW!!Tak percaya jom kita tengok...Zasssshhhh!!!

1.Telur Cicak Bakar



Telur Cicak boleh ditemui pada musim panas di pasaran tempatan, terutama di timur laut Thailand.Telur-telur ini dibungkus di dalam daun pisang dan kemudian dipanggang selama beberapa minit di atas api arang. Apabila telah selesai, ia akan berubah warnanya menjadi merah tua. Kemudian anda boleh makan dengan pulut atau ditumbuk. Jangan lupa untuk menaruh sedikit garam di atasnya. Rasanya agak berminyak,mudak dikunyah dan crunchy di dalam mulut. YyyyuuCCCKKKK!!!!

2. Sup Berudu Katak



Jenis makanan ini hanya ada pada musim hujan. Sebelum ia dimasak, berudu perlu dibersihkan dengan air dan mengeluarkan najis dari tubuhnya. Anda mungkin bertanya-tanya bagaimana orang-orang tempatan mengeluarkan isi perutnya. Mereka hanya perlu memicit badan berudu itu sampai isi perutnya terkeluar melalui dubur. Kemudian barulah dibersihkan lagi. Masyarakat tempatan akan memakan Sup berudu ini dengan nasi putih atau beras pulut yang melekit. Rasanya sedikit pedas.Eeeiiii!!..

3.Serangga Goreng



Serangga merupakan hidangan utama di negara ini . Tapi ia hanya boleh ditemui pada musim panas. Jadi, kalo anda ingin mencubanya haruslah datang pada masa yang tepat. Jika tidak, anda mungkin kepunan.Cara memasak serangga  ini adalah sangat mudah. Pertama, anda perlu bilas. Kemudian goreng mereka di kuali dengan membubuhkan garam sedikit. Teruskan menggoreng sehingga ia berubah warna kekuningan.Bwuuueeekk!!..

4.Kulit Kerbau Bakar


 Wow! kita semua sudah sedia maklum bahawa Kulit kerbau adalah sangat liat,keras dan pejal. Setelah dipanggang, ia akan kelihatan berbeza-beza dengan apa yang anda lihat dalam gambar di atas. Meskipun sangat susah untuk mengunyak tetapi ia masih menjadi kegemaran orang-orang disana .Huhuhu...

5.Semut dan Telurnya




Mereka datang dalam pelbagai saiz dan biji berwarna putih kecil. jika dilihat dengan jarak dekat, anda boleh melihat mata hitam kecil. Kadangkala anda juga boleh melihat kaki-kakinya seperti campuran rempah ratus. Jika dikunyah rasanya seperti telur ikan. Mmm ... not bad actually.Nak cuba??


Sekian.....njoy d food!..Xixixix..

Pokok Pelik di Thailand




Pohon luar biasa ini bernama "Nareepol" dalam bahasa Thai.Naree bermaksud "gadis / wanita" dan pol berarti tanaman / pohon atau "buah" dalam bahasa Melayu. Itu bererti pokok perempuan. Sungguh menakjubkan kuasa Tuhan mencipta Dunia dalam pelbagai bentuk yang unik...Jika anda berkunjung ke sana bolehlah anda menyingga ke Daerah Petchaboon untuk melihat sendiri pohon ajaib iaitu kira-kira 500km jauhnya dari Bankok.

Isnin, 15 November 2010

Ular Sawa Mengerikan

Florida, Seorang pemburu berumur 58 tahun yang bernama Bob Hill telah berjaya membunuh seekor ular sawa (python) sepanjang 16 kaki dan 2 inci, dipercayai selepas pembedahan dilakukan pada perut mangsa dijumpai sebanyak 59 biji telur pra-matang .





Kesemua telur-telur ini kemudiannya di simpan di dalam makmal untuk proses pematangan yang kemudiannya dijual di pasar raya berhampiran dengan harga sama dengan sebiji tayar kereta. Dipercayai khasiat yang terkandung pada sebiji telur ini mampu menguatkan tenaga..tuuttt..tuuutt..(bapa sia marah kalo cakap tia supan bah) Belived  it or Not? sepa suru ko picaya!!

Why do some girls cut their pictures and leave only their faces? (2 pics)

                                                                    Scroll down to see.

*
  *
    *
     *
       *
          *
             *
                *
                   *
                      *
                        *
                     *
                *
           *
     *
*
  *
     *
       *
         *
           *
             *
               *
                  *
                     *
                  *
               *
            *
        *
     *
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Selasa, 9 November 2010

The Island Of The Dolls – A Dark Tourist Attraction In Mexico


 




La Isla De Munecas adalah sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di dunia. La Isla De Munecas bermaksud Pulau Patung Boneka. Pulau ini terletak di Mexico, pastinya sesiapa saja inginkan percutian yang menyeronakkan dimana tempat beristirehat mampu meninggalkan kesan abadi pada hati masing-masing. Tetapi kenyataannya adalah sebaliknya apabila anda berkunjung ke Pulau ini. Ternyata Pulau ini meninggalkan mimpi ngeri kepada sesiapa sahaja yang berkunjung, ribuan patung boneka hodoh dijumpai bergantungan pada setiap pohon dan laluan pejalan kaki di pulau itu.
Don Julian Santana iaitu seorang petapa yang telah meninggal dunia merupakan pengasas kepda semua patung boneka di pulau ini. Beliau telah meninggalkan keluarganya setelah mendedikasikan 50 tahun hidupnya untuk membuat La Isla De Munecas. Ini dilakukan untuk memperingati roh seorang gadis kecil yang dipercayai mati lemas di terusan berhampiran rumahnya.(Tidak dapat dikenal pasti apa kaitan beliau dengan gadis tersebut).Apapun alasan, beliau sebenarnya telah berjaya mengubah pulau ini menjadi tempat aneh yang menakutkan. Sesiapa sahaja yang berkunjung ke pulau ini pastinya akan terasa seolah-olah diperhatikan oleh mata-mata patung boneka di pulau aneh ini. Hal ini akan menjadi mimpi ngeri dimalam hari sehingga ia mampu membuatkan sesiapa sahaja meremang bulu roma apabila melalui lorong gelap dan sunyi.
Don Julian dikatakan selesa dengan hidup terpencil, kecuali apabila dia mula memberanikan diri untuk mengumpul patung boneka tua dimana ia memungut dari tempat pembuangan sampah atau dibeli dengan menukaran untuk buah-buahan dan sayur-sayuran . Difahami bahawa beliau asalnya bertujuan untuk menakut-nakutkan penonton dengan menggantung boneka tersebut..


Pada tahun 2001, Don Julian ditemui mati tenggelam di saluran yang sama di sekitar rumahnya. Walaupun Don Julian sudah lama mati dan meniggalkan dunia tapi visi menakutkannya tetap tercapai, wajah-wajah boneka tak bernyawa dimutilasi dan digantung dalam bentuk penyeksaan atau hukuman.


Ini adalah pemandangan menakutkan yang berfungsi sebagai objek pelancongan seram khususnya bagi generasi muda yang sukakan kepada keganasan dan kematian. Banyak pengunjung yang tergamam seolah-olah kana-kanak mati dan menghantui tempat ini, dimana mereka melihat seolah-olah kita bertanggung jawab di atas kematian mereka..AArrrgghh takut weii..