~WelComE~

Rabu, 27 Oktober 2010

Jenayah Kejam 18SG

Pembunuhan kejam berlaku dimana-mana dan terdapat juga jenayah kejam seperti pembunuhan Nurin Jazlin tidak dapat diselesaikan sepenuhnya kerana suspek utamanya masih belum dapat ditangkap. Pembunuh yang digelar lelaki kucing itu masih lagi berkeliaran dan hanya menunggu masa dan ketika untuk ‘meragut’ nyawa baru.

1.Datuk Sosilawati Lawiya -dilaporkan hilang sejak 30 Ogos


Pembunuhan kejam terhadap jutawan kosmetik terkenal tanahair, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang rakannya iaitu Ahmad Kamil Abdul Karim yang juga peguam peribadi beliau, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, dan seorang lelaki yang dipercayai pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shansuddin bukan sesuatu yang baru dalam kamus jenayah kejam di Malaysia. Terdapat beberapa nama penjenayah yang tersemat kemas dalam penjenayah kejam di Malaysia. Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya dikatakan dirancang rapi oleh suspek utama kes itu selepas timbul masalah wang hasil jualan sebidang tanah di Pulau Pinang milik mereka dan dua lagi rakan kongsi.
Tanah seluas 12 hektar bernilai RM25 juta itu dibeli secara kongsi oleh keempat-empat mereka pada 24 Mac 2008 dan dikatakan dijual kepada seorang ahli perniagaan di Selangor pada harga RM29 juta, tahun lalu.
Pembelian dan penjualan tanah itu difahamkan dikendalikan sepenuhnya oleh suspek utama yang juga peguam dan bertindak sebagai broker berikutan pengalaman luasnya sebagai pengamal undang-undang, terutama dalam urusan berkaitan jual beli tanah.
Seorang rakan kongsi tanah itu memberitahu Berita Harian, mereka membeli tanah tepi pantai berkenaan untuk tujuan pelaburan dengan Sosilawati menjadi pelabur terbesar.
“Atas persetujuan bersama, kami berempat termasuk suspek berkongsi membayar modal RM2.5 juta sebagai bayaran pendahuluan 10 peratus untuk membeli tanah itu.
“Apabila tanah itu dijual pada 2009 dengan harga RM29 juta, kami sepatutnya berkongsi keuntungan RM4 juta, bagaimanapun kami tidak menerima pulangan yang dijanjikan daripada peguam terbabit sehingga kini, kecuali modal,” kata ahli perniagaan bergelar Datuk itu yang tidak mahu namanya disiarkan.
“Kami pernah bertanyakan hal itu kepada suspek, namun dia memberikan alasan proses penjualan tanah belum selesai… ada kaveat ke atas tanah itu menyebabkan proses menukar nama tidak dapat dilakukan tanpa perintah mahkamah.
“Malah, suspek sentiasa menjelaskan kepada kami bertiga proses itu bukan mudah dan mengambil masa kerana membabitkan banyak prosedur mahkamah, selain meminta kami bersabar,” katanya.
Ahli perniagaan itu berkata, kali terakhir mereka berempat bertemu kira-kira dua bulan lalu bagi membincangkannya, bagaimanapun suspek memberi alasan urusan berkenaan belum selesai.

2.         Mona Fendy-23 Julai 1993

Mona Fendy atau nama sebenarnya Maznah Ismail. Mona Fendy yang dikaitkan dengan pembunuh ahli politik yang berasal daripada Pahang, Datuk Mazlan dikatakan mengamalkan ilmu hitam. Beberapa bahan bukti yang dibawa ke mahkamah seperti tongkat dan songkok mengesahkan lagi dakwaan itu.Penjenayah yang terkenal dengan senyuman yang ‘mengerikan’ ini telah membunuh dengan kejam ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris dengan mengerat Datuk Mazlan sebanyak 18 kerat. Mona bersama suaminya Nor Affandi Abdul Rahman dan pembantunya Juraimi Hassan telah disabitkan bersalah atas pembunuhan yang dilakukan.
Mona terkenal sebagai bomoh kepada beberapa ahli politik tanahair telah menawarkan Datuk Mazlan tongkat dan azimat yang menurutnya milik bekas Presiden Indonesia, Sukarno dengan harga 2.5juta ringgit. Datuk Mazlan yang menganggap Mona sebagai bomoh peribadinya bersetuju namun beliau membayar terlebih dahulu wang pendahuluan sebanyak RM500,000.
Episod ngeri bermula apabila Datuk Mazlan disuruh berbaring dan mengadap ke siling. Mona dan Affendi menyakinkan Datuk Mazlan bahawa ‘duit akan turun daripada langit’. Namun, ia hanya helah Mona dan Affendi. Juraimi yang telah menerima arahan daripada Mona dan Affendi telah menetak leher Datuk Mazlan. Selepas itu, Juraimi secara berseorangan mengerat 18 anggota badan Datuk Mazlan.!
Mona dan Juraimi akhirnya tertangkap apabila dilihat membeli-belah secara rakus hasil wang daripada Datuk Mazlan yang telah dibunuhnya. Tersebarnya kisah pembunuhan Datuk Mazlan yang dikerat 18 telah menggerunkan seluruh rakyat Malaysia tambah-tambah dengan dakwaan bahawa Mona adalah seorang bomoh.
Mona, Affendi dan Juraimi akhirnya telah dihukum gantung sampai mati pada 2hb November 2001 bersamaan hari Jumaat. Mayat Mona dikebumikan di kampung halamannya di Pahang. Paling diingati adalah Mona sempat tersenyum sambil berteriak ‘aku takkan mati’ sebelum beliau dihukum gantung. Ya, beliau sehingga hari ini ‘tidak pernah mati’ dalam kamus jenayah di Malaysia. Jenayah yang beliau lakukan bagaikan penanda aras jenayah kejam di Malaysia.


3.        Pembunuhan Noritta Samsuddin-25 Disember 2003

Kes pembunuhan Eksekutif Akaun sebuah syarikat dan model sambilan sehingga ke hari ini masih lagi diselubungi misteri. Pembunuh sebenar Noritta Samsuddin masih belum terjawab. Miskipun Jurutera awan di sebuah badan kerajaan, Hanif Basree Abdul Rahman, 36, yang dituduh membunuh Noritta, 22, di Unit D-7-1, Kondominium Puncak Prima Galleria di Jalan 17, Sri Hartamas, antara 1.30 pagi dan 4 pagi pada 25 Disember 2003. ditahan dan dibicara, ternyata bukan Hanif yang membunuhnya. Hanif diistisyharkan mahkamah sebagai tidak bersalah dan terlepas hukuman gantung sampai mati akibat kekurangan bukti.
Mayat Noritta ditemui dalam keadaan menyayatkan hati di mana mayatnya dalam keadaaan bogel diikatkan tangannya di belakang dengan wayar dijerutkan ke leher dan mulut disumbat kain. Kaki Noritta juga diikat. Dipercayai, Noritta telah dirogol terlebih dahulu sebelum dibunuh.
Pembunuhan Noritta diselubungi kisah-kisah yang mengaibkan terutamanya kisah peribadinya. Hasil autopsi pihak forensik ternyata terdapat takungan air mani yang banyak. Ini memungkinkan bahawa mangsa telah dibunuh bukan hanya seorang tetapi beramai-ramai. Namun, ia masih menjadi misteri kerana sehingga hari ini, pembunuh sebenar Noritta gagal dikenalpasti.

Walaubagaimanapun, pihak polis telah menahan beberapa individu:

1. Bekas kekasih Noritta – Hanif Basree Abdul Rahman, 36. (sumber: The Star, 8 December)

2. Shahfrul Azrin Azman, seorang broker saham mata wang asing (sumber: The Star, 9 December & Harian Metro)

3.Rakan serumah Noritta. (The Star, 9 December)

4. Lim Sean Kea, 38 iaitu teman lelaki Noritta: dilaporkan beliau akan berkahwin dengan Noritta.(The Star, 9 December)

5. Kenneth Michael Yap Teik Huat dan Nor Azora Abdul Hamid, teman serumah Noritta.

6. Mikko Kouko Johannes Jarva, seorang rakyat Finland direman 10 hari oleh Mahkamah Majistret di sini semalam berhubung kes pembunuhan eksekutif pemasaran, Noritta Samsudin di kondominium Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas, 5 Disember lalu. (Berita Harian, 13 December)

7. Turut dibawa ke mahkamah untuk direman bersama-sama Mikko ialah dua lelaki, Suhaimi Sanusi, 37

8. Khairul Anuar Kamaruddin, 22, yang diperintah ditahan reman selama 10 hari oleh Majistret Arleen Ramly.

Dalam kes Noritta Samsuddin timbul desas-desus bahawa terdapat orang kenamaan yang terlibat sebagai perancang pembunuhan ini namun ia dinafi sekeras-kerasnya oleh pihak berkuasa.


4.        Pembunuh mendiang Canny Ong-18 Jun 2003

Penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Li Kian diculik di pusat beli-belah di Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelum mayatnya yang rentung ditemui dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003.
Pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh dan merogol penganalisis teknologi maklumat (IT), Canny Ong Lay Kian. Beliau yang belajar setakat tingkatan tiga bergenang air mata apabila hukuman mati dijatuhkan ke atasnya. Difahamkan bahawa, Ahmad Najib membunuh mangsa hanya kerana melihat Canny Ong yang cantik dan ramping.
Plot tragis itu bermula apabila Canny yang ditemani ibunya, Pearly Visvanathan dan adik perempuannya menghadiri majlis makan malam di Restoran Monte di Pusat Beli-belah Bangsar (BSC), tempat di mana Ahmad Najib melihat beliau. Dia kemudiannya hilang dipercayai diculik bersama kereta Proton Tiara bernombor pendaftaran WFN 6871.
Mayat Canny kemudiannya dijumpai dalam keadaan hangus di dalam sebuah lubang pembetungan seluas 1x1x1 meter dengan kedua-dua tangannya bersilang di atas dada dan kakinya terjuntai keluar dari lubang itu.
Mayatnya dijumpai tertanam di bawah dua tayar berisi simen dalam lubang pembetungan itu empat hari selepas dia diculik dari tempat meletak kereta BSC.

5.        Altantuyaa Shaariibuu-27 November 2006


Wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibu, 28, dibunuh menggunakan bahan letupan di Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006. 
Penganalisis Politik, Abdul Razak Baginda,Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar ditahan pihak polis bagi membantu siasatan. Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar adalah daripada Unit Tindakan Khas.
Mayat Altantuyaa ditemui dalam keadaan mengerikan di mana cebisan daging-daging mayat ditemui bertebaran di Hutan Simpan Puncak Alam,Shah Alam, Selangor berhampiran dengan Empangan Tasik Subang. Manakala kesan bakar akibat letupan C4 ditemui di Mukim Bukit Raja. Diakui oleh pihak forensik, bahan letupan C4 digunakan bagi menghapuskan mayat.

6.        Nurin Jazimin Jazlan-30 Ogos 2007

Nurin Jazlin Jazimin, 8, dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. Mayatnya ditemui 27 hari kemudian dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di depan sebuah premis perniagaan di Petaling Jaya. Hasil bedah siasat mendapati dia mati akibat didera secara seksual yang   melampau.
Setakat hari ini, masih belum berlaku tangkapan berkaitan dengan pembunuhan Nurin Jazlin Jaziman. Walaubagaimanapun, dipercayai bahawa lelaki misteri yang digelar lelaki kucing adalah dalang utama pembunuhan Nurin Jazlin dan beberapa kanak-kanak yang dilaporkan mengalami modus operandi yang hampir sama.
Pembunuhan Nurin Jazlin menimbulkan fenomena di kalangan masyarakat Malaysia di mana kaum ibu merasakan tidak lagi selamat membiarkan anak-anak mereka bermain di kawasan permainan tanpa seliaan mereka. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah tampil memberi beberapa saranan bagi menghindari kejadian penderaan dan pembunuhan kanak-kanak bawah umur daripada terus berleluasa.
Akibat daripada liputan meluas media massa, media cetak dan media elektronik, semasa majlis perkebumiaan Nurin Jazlin Jazimin beribu-ribu orang termasuk ahli keluarga, rakan sekolah Nurin, guru-guru sekolah Nurin, petugas media, dan orang ramai bersesak-sesak untuk menyaksikan sendiri buat kali terakhir kanak-kanak malang tersebut disemadikan.Malah semasa sembahyang jenazah adik Nurin, Abdul Aziz Elias Zahari yang mengetuai sembahyang jenazah tersebut menangis bersama-sama ratusan makmum ketika membaca doa kepada adik Nurin. Bergitulah kesannya pembunuhan tragis Nurin Jazlin Jazimin pada kaca mata rakyat Malaysia. Semoga Allah memberi petunjuk kepada pihak berkuasa bagi menangkap pembunuh sebenar adik Nurin. InsyaAllah.Amin.

1 ulasan: